Coway Neo

Apa kelebihan model Neo ini? 

Bentuk mudah muat (Slim design)

Reka bentuk model Neo ini dicipta khusus untuk menjadikannya mudah muat di setiap penjuru (slim design). Model ini sesuai bagi sesiapa yang berkeinginan penulen air yang tidak terlalu banyak memakan ruang. 

Aliran air yang laju

Sistem tapisannya lebih laju berbanding sistem tapisan yang lain. Sistem auto-refill penulen air ini mengambil masa hanya lebih kurang 10-15 minit sahaja untuk mengisi penuh tangkinya iaitu sebanyak 5.8L. 

Sistem keselamatan kanak-kanak

Model ini dilengkapi dengan sistem keselamatan untuk kanak-kanak (childlock). Anda perlu menekan butang childlock terlebih dahulu untuk mengambil air panas. Air panas ini tidak akan keluar sekiranya butang childlock tidak ditekan, seterusnya mengelakkan kemalangan air panas tanpa sengaja, terutamanya bagi kanak-kanak. 

LED penanda aras air panas/sejuk

Tahap paras air panas/sejuk dalam tangki akan dapat ditentukan melalui LED biru (untuk air sejuk) dan jingga (untuk air panas). 

Reka bentuk menarik

Reka bentuknya yang juga telah merangkul Anugerah Reka Bentuk Penapis Air Slim Design sesuai diletakkan di mana-mana penjuru ruang rumah dan dapur. Warna dan bentuknya akan menambah seri bahagian dapur.