Captain

pengenalan

Penapis udara coway captain, merupakan model terbaru yang 30% lagi cepat dan pantas pengaliran udara berbanding model sebelumnya. Fungsi Dual Air Intake menyedut udara dari kanan dan kiri untuk lebih efektif menyegarkan udara.

Bukan itu sahaja, penapis udara coway captain mempunyai dua sistem penapisan udara dalam satu unit penapis udara. Jadi anda akan dapat fungsi penapisan udara dua kali ganda efisyen dalam satu penapis udara sahaja dan yang paling best anda akan dapat harga yang jauh lebih berpatutan.

Model penapis udara terbaru dari Coway ini mempunyai reka bentuk yang modern dan futuristik. Penapis udara coway captain mempunyai 3 kelajuan yang boleh dipilih mengikut pilihan anda. Selain itu penapis udara coway captain juga mempunyai auto mode yang akan membersihkan udara secara automatik mengikut tahap pencemaran udara. Silent mode yang hadir di penapis udara ini menambahkan lagi keistimewaannya.

Keselamatan pengguna adalah jaminan kami. Seperti produk Coway yang lain, penapis udara coway ini juga dilengkapi dengan sistem child lock. Jadi bagi anda yang mempunyai anak kecil, anda tidak perlu risau keselamtan anak kecil anda. Anda hanya perlu tekan butang child lock sampai menyala untuk aktifkan fungsi child lock.

Tambahan pula, penapis udara coway captain mempunyai smart eco mode yang menjimatkan elektrik dengan menapis udara secara automatik untuk memastikan kualiti udara sentiasa bersih dan segar.